Friday, 13 September 2013

ADAKAH KAMU PERCAYA?

Shalom! 
Mari kita terus mendalami Injil Tuhan.. 

Kamu tahu penawar bagi dosa dan kematian. Kamu tahu jawapan untuk saudara atau rakanmu yang terhilang. Mari kita sama-sama berkongsi tentang iman.

Apabila Yesus memerintah demikian kepada kita, ia bukanlah satu kebetulan.

"Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku, dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." (Matius 28:19-20)

Dia telah amanahkan kita dengan mesej yang sungguh besar. Seperti yang tertulis di dalam kitab;

Roma 1:16 "Sebab Aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani."