Shalom!
Mari kita terus mendalami Injil Tuhan..
Kamu tahu penawar bagi dosa dan kematian. Kamu tahu jawapan untuk saudara atau rakanmu yang terhilang. Mari kita sama-sama berkongsi tentang iman.
Apabila Yesus memerintah demikian kepada kita, ia bukanlah satu kebetulan.
"Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku, dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." (Matius 28:19-20)
Dia telah amanahkan kita dengan mesej yang sungguh besar. Seperti yang tertulis di dalam kitab;
Roma 1:16 "Sebab Aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani."
Kita tahu Injil itu sungguh besar kuasanya kerana ia telag mengubah kehidupan kita. Kita juga tahu kebahagiaan dalam hubungan kita dengan Tuhan, sukacita yang Tuhan berikan kepada kita. Oleh itu, kita juga garus kongsikan sukacita yang kita alami dengan Tuhan bersama dengan orang lain.
Mungkin mereka tidak akan dapat memahami dan mengalami itu tanpa mendengarkan khabar baik tentang Yesus yang mati untuk membebaskan kita. Oleh itu, tanggungjawab itu terletak di tangan kita untuk mengkhabarkan tentang Injil.
Kalau kamu serius dalam hubungan kamu dengan Tuhan, maka kamu harus berani berkongsi firman Tuhan. Jika Kristus hidup di dalam kamu, maka kamu haruslah menjadi saksi bagi orang-orang yang tidak percaya.
1 Petrus 3:15 "Tetapi kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai Tuhan! Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggunganjawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggunganjawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu."
Ingatlah bahwa apabila kamu benar-benar menyampaikan Injil dan khabar baik tentang Tuhan, itu akan memuliakan Tuhan dan Roh Kudus pasti berbicara lewat kamu untuk memberitakan Injil Tuhan ini.
Sesungguhnya kamu tidak perlu mereka-reka tentang kebaikan Tuhan. Kamu hanya perlu ceritakan kebaikan Tuhan yang pernah kamu alami. Tidak kira dari segi apa pun mahupun bagaimana cara Tuhan memberkati kamu, kongsikan sahaja kepada orang-orang karna mereka pasti akan bersedia untuk mendengar perkongsianmu.
1 Korintus 2:4-5 "Baik perkataan ku mau pun pemberitaanku tidak ku sampaikan dengan kata-kata hikmat yang meyakinkan, tetapi dengan keyakinan akan kekuatan Roh, supaya iman kamu jangan bergantung padahikmat manusia, tetapi pada kekuatan Allah."
Semua dari kehidupan pemikiran kamu kepada kehidupan sosial mesti mencermikan kasih sayang dan harapanNya. Kita telah diberikan pertanggungjawaban dan kesempatan yang sangat indah untuk berkongsi tentang sebuah cerita yang paling indah!
Berdoalah supaya Tuhan dapat berikan kamu keberanian untuk menyampaikan mesej ini kepada semua orang yang kamu berhubung.
Be prepared! Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment